Isnin, 29 April 2013

BERZIKIR KEPADA ALLAH

  1. Secara umumnya zikir ialah ucapan-ucapan atau bacaan yang dapat mengingatkan Allah Taala.
  2. Zikir dalam erti kata yang luas bukan hanya sekadar membaca istighfar, tasbih, tahmid, takbir, tahlil dan yang lain-lain, tetapi termasuk juga zikir mempelajari Al-Quran, Al-Hadis dan mempelajari ilmu-ilmu agama.
  3. Zikir yang terbaik dan yang paling sempurna ialah zikir yang diucapakan dengan lidah dan diiringi makna di dalam hati. Ingat di hati pada Allah merupakan zikir.
  4. Doa juga merupakan zikir, kerana dengan berdoa kita mengingati Allah SWT.


FADHILAT BERZIKIR

Al-Hafiz Al-Munziri dalam kitabnya "At-Targhib wat Tarhib" menulis fadhilat zikir itu sebagai berikut:-

  1. Orang yang berzikir itu diliputi Rahmat dan Inayah Allah SWT.
  2. Nama orang berzikir akan disebut oleh Allah di dalam kelompok yang lebih baik.
  3. Orang berzikir adalah dianggap orang yang basah lidahnya menyebut Allah.
  4. Berzikir kepada Allah lebih afdhal dari menafkahkan harta benda.
  5. Zikir menjadi benteng dari was-was syaitan.
  6. Zikir boleh mendapat kebahagian dunia dan akhirat.
  7. Zikir akan ditempatkan tempat yang tinggi di syurga.
  8. Zikir akan menyinarkan hati dan membersihkan diri dari kekotoran dosa.
  9. Zikir adalah mentaati perintah Rasul SAW dan akan mendapat kebahagiaan.
  10. Orang yang berzikir akan dihormati dan dimuliakan pada hari kiamat.
  11. Orang yang tidak berzikir akan merasa menyesal.
  12. Orang yang berzikir akan dikawal oleh sekumpulan para Malaikat.
  13. Allah merasa bangga kepada orang berzikir di hadapan Malaikat.
  14. Orang yang menyertai Majlis Zikirullah akan selamat dari celaka dan fasid.
  15. Orang yang berzikir diberi jaminan sebagai ahli kebaikan pemilik kebahagiaan dan penghimpun kebajikan.
  16. Orang yang berzikir akan mendapat keampunan dan diberi Rahmat yang banyak.
  17. Orang lalai dari berzikir adalah dianggap orang derhaka.
  18. Majlis zikir seperti sepohon kayu yang rimbun dan lebat buahnya.
  19. Siapa yang hendak mengukur darjat dirinya, ukurlah dengan hati dan berzikir kepada Allah.
  20. Orang yang berzikir berada pada darjat yang paling tinggi, dekat dengan Rahmat Allah.

Sabtu, 27 April 2013

MESYUARAT AGUNG KALI KE 30 KOPERASI FELDA TERSANG SATU BERHAD
PADA 25 MEI 2013 BERTEMPAT DI DEWAN DATO ADNAN YAAKOB 
 FELDA TERSANG SATU, RAUB PAHANG DM.




CALUN ADUN BATU TALAM MELAWAT FELDA TERSANG SATU

Ahad, 25 November 2012

Kursus Penyembehan Ternakan di Masjid Nur Ukhuwah Gugusan Felda Tersang



Selasa, 7 Ogos 2012

IMAM  MEKAH AL-MUKARRAMAH 
SYEIKH MOHD IDRIS ISMAIL AL-MASHRAFI
DI RAUB, LAWATAN DAN SEMBAHYANG TERAWIKH
MASJID SULTAN ABU BAKAR, RAUB. 
(MASJID DAERAH RAUB)
2 OGOS 2112 / 13 RAMADAN 1433.

MESYUARAT AGUNG KOPERASI FELDA TERSANG SATU BHD TELAH SELAMAT DI LAKSANAKAN

MESYUARAT AGUNG KOPERASI FELDA TERSANG SATU BHD TELAH SELAMAT DI LAKSANAKAN
DI RASMIKAN OLEH EN. MOHD SHAFIQ BIN MOHAMAD JAAPAR PENOLONG PENGARAH SKM WILAYAH RAUB/ LIPIS PADA 20 MEI JAM 9.45 PAGI, KAMI ALK BARU DI LANTIK MENGUCAPKAN TERIMA KASIH.